Friday, November 25, 2016

Masalah Anak Muda, Kongsikan Bersama Kami


Pihak kami sedang dalam proses untuk mengumpul maklumat mengenai masalah-masalah dan isu-isu yang berlaku dalam kalangan anak-anak muda.

Antara yang menjadi perhatian kami ialah; anda berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik. Cuma, kadangkala anda sendiri tidak tahu bagaimana untuk berubah dan masih keliru apakah solusi yang terbaik untuk menangani masalah anda.

Jadi, pihak kami sedang menyediakan alternatif, nasihat dan jalan keluar kepada masalah anda!

Namun begitu, kami memerlukan kerjasama anda untuk memberikan beberapa maklumat kepada kami, iaitu:

(1) Nama (tidak wajib), umur, belajar / bekerja di mana.

(2) Apa masalah anda? (apa-apa sahaja)

(3) Apa punca kepada masalah anda?

(4) Solusi yang pernah anda lakukan?

(5) Apa yang membuatkan solusi anda tidak berjaya?

(6) Adakah anda serius ingin berubah?    

Hantarkan segala maklumat anda kepada email highz_adin@yahoo.com atau whatsapp 0183742710 bermula sekarang sehingga hujung Disember 2016.

Usaha untuk mencari redha Allah bermula daripada anda sendiri, bukan orang lain. Jika tidak sekarang, bila lagi? Peluang untuk berubah sentiasa ada, selagi ajal tidak menjemput kita.

Kongsikan bersama kami!

Tuesday, November 15, 2016

Peluang Sama, Keputusan Berbeza?


Kita belajar di kelas yang sama. 

Kita mendapat guru yang sama. 

Kita menggunakan buku yang sama.

Persoalannya, ketika ujian atau peperiksaan, kenapa markah yang diperoleh berbeza-beza, sedangkan setiap orang mendapat peluang yang sama? 

(1) Usaha. Sudah pasti kita tidak akan berjaya tanpa usaha yang gigih. Kita selalu berasa cemburu dengan sahabat yang mendapat keputusan cemerlang. Tetapi, adakah mereka senang-senang beroleh kejayaan begitu sahaja? Kita terlupa, bagaimana ‘extra effort’ yang telah mereka lakukan untuk berjaya. Kita pula? Hanya sekadar merungut di samping usaha yang begitu sedikit. 

(2) Keberkatan masa. Apa gunanya kita belajar sehingga lewat malam, sehingga kita terlepas solat subuh? Apa gunanya kita bertungkus-lumus ulang kaji di perpustakaan, sehingga kita langsung tidak mahu pergi solat berjemaah atau majlis ilmu? 

******

Saya berikan satu situasi, perbualan antara dua orang sahabat yang sedang berada di perpustakaan.  

“Hmm, kau tak pelik ke? Aku study dari pagi sampai malam untuk ujian. Tapi, bila result keluar, Wan tu dapat markah lagi tinggi daripada aku. Padahal, aku rasa dia study kejap je. Dia kan sibuk dengan usrah, majlis ilmu, program-program surau. Tak faham aku.”

“Haa, betul tu. Kalau kita fikir dari segi logik akal, sepatutnya keputusan ujian kau yang lebih tinggi, sebab kau study lagi lama daripada dia. Tapi, mungkin dia ada satu perkara yang kau tak ada.”

“Apa tu?”

“Keberkatan masa. Disebabkan masa semakin suntuk, sampai satu tahap, kita berkira-kira dengan masa untuk solat berjemaah, baca Al-Quran atau melakukan ibadah-ibadah lain. Kalau mampu, kita nak gunakan semua masa untuk study sahaja. Kesannya, hubungan kita dengan Allah semakin jauh. Tetapi, berbeza dengan Wan. Dia tetap istiqamah beribadah pada Allah. Walaupun masa untuk study semakin sedikit, sekurang-kurangnya masa tersebut berkat. ”

Tiada gunanya jika kita bertungkus lumus mengulang kaji pelajaran, tetapi hubungan kita dengan Allah semakin jauh. 

Namun, jangan terkeliru! Jangan disebabkan ujian atau peperiksaan, kita berubah dan banyak melakukan ibadah sunat kepada Allah, bertujuan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Selesai sahaja semua itu, kita terus meninggalkan amalan tersebut.

Astaghfirullah.

******

Dapatkan buku WAKE UP melalui whatsapp 0183742710.